Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

BM Kertas II SPM 2009

Soalan 3a)
Bina Ayat:
1. hiruk-pikuk
Makna: keadaan riuh-rendah
Ayat: Dalam ketika hiruk-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan.

2. selok-belok
Makna: selok jumbai, kaitan
Ayat: Johan mempelajari selok-belok perniagaan daripada Tauke Lim.

3. lambat-laun
Makna: lama-kelamaan
Ayat: Jika tidak berusaha gigih, lambat-laun kita akan ketinggalan zaman.

4. senang-lenang
Makna: berbahagia sekali
Ayat: Ai Leng hidup senang-lenang setelah berumah tangga dengan jutawan Hong Kong itu.

5. lintang-pukang
Makna: tidak menentu arahnya
Ayat: Pencuri itu lari lintang-pukang sebaik sahaja terdengar akan siren polis.

6. kenduri-kendara
Makna: berbagai-bagai jenis kenduri
Ayat: Biasanya, kenduri-kendara perkahwinan akan diadakan pada musim cuti persekolahan.

Comments

Popular Posts