Isu gengsterisme kian menular di sekolah dan telah mendapat reaksi
daripada pelbagai pihak. Sebagai pelajar prihatin, cadangkan
usaha-usaha untuk menangani gejala gengsterisme di sekolah.
Gejala
gengsterisme berleluasa dan kian menular di sekolah. Isu gengsterisme
ini telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat dan negara kita.
Menurut Kamus Dewan, gengsterisme bermaksud kegiatan samseng dalam
kalangan samseng. Memandangkan gejala ini bertambah serius, pihak
sekolah dengan kerjasama ibu bapa telah memikirkan usaha-usaha untuk
menangani masalah tersebut.
Salah satu langkah untuk
membanteras gejala gengsterisme ini ialah pihak sekolah hendaklah
memperketat usaha pemantauan dan penguatkuasaan peraturan sekolah. Guru
sekolah haruslah mendapat kerjasama polis untuk mencegah masalah ini.
Jika didapati ada murid yang terlibat dalam kes tersebut perlu
dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman yang setimpal.
Pendidikan
juga memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala
gengsterisme. Pada masa ini, murid-murid kurang mementingkan pendidikan
yang tidak diambil kira dalam peperiksaan. Antaranya ialah Pendidikan
Moral, Sivik, Pendidikan Agama dan sebagainya. Guru-guru dan ibu bapa
perlu banyak menyalurkan ilmu dan nilai murni dalam pendidikan kepada
anak-anak didik. Disiplin ilmu yang diberikan akan membolehkan mereka
lebih memahami keburukan gejala gengsterisme dan menjauhkan diri
daripada aktiviti negatif tersebut.
Selain itu, pihak
sekolah juga patut mengadakan kempen kesedaran, kempen motivasi dan
pelbagai program. Maklumat yang terperinci tentang keburukan gejala
gengsterisme hendaklah dibincangkan dalam kempen ini. Oleh hal yang
demikian, kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan murid dan mengalakkan
diri mereka supaya tidak terbabit dalam gejala ini.
Pendek
kata, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Kesungguhan dan kerjasama yang erat daripada pihak berkuasa, ibu bapa
dan masyarakat amat memerlukan untuk menangani masalah gejala
gengsterisme di negara kita.
Comments
Post a Comment