Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA

BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA (BBSN) yang diperkenalkan pada tahun 1999 bertujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu asas pembinaan tamadun negara bangsa Malaysia diharap masih lagi relevan dengan era global dan pemodenan yang diharungi kini. Justeru, bahasa dan sastera dapat menjadi wadah bagi masyarakat membentuk peribadi dan menyuburkan nilai murni, kepunyaan dan perpaduan ke dalam jiwa setiap warga negara.Pelbagai aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan dalam BBSN.

Salah satu acara utama BBSN ialah Kembara Bahasa.Program yang berlangsung selama sebulan setiap bulan September setiap tahun ini diharap dapat melibatkan seluruh lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti bahasa dan sastera yang telah diatur. Usaha ini diharap dapat menyuburkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan di samping dapat menyemai penghayatan rakyat Malaysia terhadap bahasa dan sastera kebangsaan.Program BBSN ini ialah hasil gabungan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), Gerakan Cintailah Bahasa Kebangsaan (GCBK), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) dan Minggu Sastera Negara (MSN). Semoga acara tahunan ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat melalui bahasa dan sastera kebangsaan.

JALUR GEMILANG
Melambangkan perpaduan rakyat yang berteraskan bahasa dan sastera Melayu.
BUKU TERBUKAMenjadi simbol penyebaran bahasa dan sastera secara meluas.
CAKERA PADATMelambang teknologi alat baru sebagai wahana penyebarluasan maklumat bahasa dan sastera.
PENAMelambangkan ketajaman penulisan dan sebagai alaf menyampaikan ilmu.
MERAHMelambangkan perpaduan rakyat yang berteraskan bahasa dan sastera Melayu.
BIRU NILAMelambangkan semaraknya aktiviti bahasa dan sastera negara.
BIRU SIANMelambangkan warna korporat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mulai tahun 2007, status BBSN telah meningkat apabila Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menjadikannya sebagai salah satu strategi pelaksanaan dalam Teras 1: Membina Negara Bangsa.

OBJEKTIFBBSN diselenggarakan untuk mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap Bahasa Melayu dan memperkukuh kembali keyakinan mereka terhadap keupayaan dan potensi bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa komunikasi sosial dan perpaduan, serta bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. Gerakan BBSN ini juga merupakan satu pengisian, penjiwaan dan penghayatan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan.

OBJEKTIF KHUSUS BBSNMemantapkan, memperkukuh dan menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan;
Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa Melayu;
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan;
Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara.

MOTO DAN TEMAMoto BBSN semenjak diwujudkan ialah Bahasa Melayu Asas Tamadun Bangsa. Bagi setiap tahun sambutan BBSN, tema-tema yang khusus telah dipilih. Tema BBSN tahun ialah Bahasa Jiwa Bangsa. BBSN 2007 diharap akan memberi impak yang besar kepada usaha-usaha membina negara bangsa yang berteraskan bahasa dan sastera kebangsaan yang berwibawa. Dengan penyertaan yang lebih meluas dan menyeluruh daripada setiap sektor dan lapisan masyarakat, usaha menyemarakkan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan negara bangsa akan tercapai.

Comments

Popular Posts