Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

Contoh Karangan Ucapan Ketua Murid




Skrip Ucapan Ketua Murid MES 2011:Terima kasih Pengacara Majlis,

Yg. Diraikan En. Yogarajan a/l M.Packrisamy, AMN, Pengetua Cemerlang, SMK Methodist, Tg.Malim.

Yg. Berbahagia En. Abdul Majid b.Yusoff, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Perak.

Yg. Berusaha En. Hishamuddin b. Adnan, Penolong PPD (Menengah) Batang Padang mewakili Tuan PPD Batang Padang.

Yg. Dihormati En. Mohamad Yusof b. Babjan, YDP PIBG SMK Methodist, Tg.Malim.

Yg. Dihormati En. James Selvaratnam, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, SMK Methodist, Tg.Malim.

Yg. Dihormati Cik Chew Poh Thoi, mantan Senator Dewan Negara mewakili Alumni MES.

Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, Pengetua Cemerlang, Pengetua dan Guru-guru Besar, Dif-dif jemputan, AJK PIBG, Alumni MES, Tuan-tuan dan Puan-puan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk berucap sepatah dua kata sempena majlis persaraan Tuan Pengetua yang kita sayangi dan sanjungi. Sebagai wakil murid SMK Methodist, Tg.Malim, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia En.Yogarajan a/l M.Packrisamy atas sumbangan beliau sebagai seorang pendidik dan Pengetua Cemerlang di SMK Methodist, Tg.Malim (MES).


Sesungguhnya, di bawah kepemimpinan Tuan Pengetua, prestasi cemerlang PMR dan SPM MES telah dapat dipertingkatkan. Pada tahun 2010, sebanyak 21 orang murid MES telah berjaya memperoleh cemerlang A dalam semua mata pelajaran PMR dan 6 orang murid telah memperoleh cemerlang A dalam semua mata pelajaran SPM 2009. Kejayaan ini amat membanggakan kami, murid-murid MES. Yang pasti kecemerlangan ini akan menjadi rangsangan kepada setiap warga sekolah untuk terus mencapai kebitaraan, kecemerlangan dan keterbilangan pada masa depan.

Sebagai pembimbing yang dedikasi, beliau sentiasa berusaha untuk mencungkil dan mengasah bakat terpendam murid-murid MES. Hasil usaha beliau selama ini telah dapat diterjemahkan apabila pasukan robotik sekolah telah mengungguli pertandingan robotik antarabangsa pada tahun 2009 di Yokohama, Jepun dan di Pohang, Korea Selatan pada tahun 2010.

Murid-murid MES juga telah berjaya meraih Anugerah Tokoh Nilam Perak 2008 dan Naib Johan Tokoh Nilam Perak 2009 dan 2010 selain mengungguli beberapa pertandingan ko-akademik dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini hanya dapat dicapai berkat dorongan dan galakan yang diberikan oleh Tuan Pengetua dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekali gus meningkatkan imej sekolah di persada pendidikan antarabangsa selaras dengan moto MES, yakni Magnanimous, Efficient dan Significant.

Pada masa yang sama, Tuan Pengetua juga sentiasa mengambil berat tentang sahsiah dan disiplin murid MES. Disiplin murid dipantau selia dengan baik agar MES menjadi tempat yang selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Iltizam dan jasa baik Tuan Pengetua akan sentiasa dikenang oleh murid-murid. Sesungguhnya, persaraan beliau merupakan suatu kehilangan besar kepada kami khususnya dan warga sekolah amnya.

Kami, murid-murid MES senantiasa mendoakan agar Tuan Pengetua sihat walafiat dan gembira bersama-sama keluarga yang tersayang di buana persaraan. Segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu selama ini akan tersemai kukuh di kamar ingatan sebagai bekalan kehidupan kami pada masa depan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Akhir kata, “We will miss you, Sir! We will always proudly say that you were our teacher.” Cikgu, jasamu dikenang. Dirgahayu, guruku.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts