Hari Anugerah Cemerlang MES 2010
Pada hari Ahad
bersamaan 8 Ogos 2010 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist,
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan telah mengadakan Majlis Hari
Anugerah Gemilang 2010. Majlis itu bermula pada pukul 8.30 pagi dengan
kehadiran para ibu bapa, murid-murid dan tetamu jemputan ke majlis ini.
Tujuan
majlis ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada
murid-murid yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum dan kesahsiahan diri. Selain itu, majlis gemilang
ini diharapkan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid yang lain
supaya terus cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang pendidikan di
sekolah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Pengetua, Sekolah
Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim. Tepat pada pukul 9.30
pagi, berlangsunglah upacara perasmian yang telah disempurnakan oleh
Yang Berbahagia Dr. Hamizer bin Mohd Sukor, Pensyarah Kanan Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands merangkap Presiden MESA. Dalam upacara
tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman dan menasihati ibu bapa
supaya lebih prihatin akan pendidikan anak-anak.
Seterusnya,
majlis diteruskan dengan persembahan belota dan koir sekolah selain
persembahan pasukan pacik, kumpulan tepak sirih, seni pertahanan diri,
barisan dayang dan pahlawan, dan caklempong MES. Para tetamu terhibur
dan teruja oleh persembahan tersebut.
Acara kemuncak
ialah upacara penyampaian hadiah dan anugerah kepada murid-murid yang
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan kesahsiahan diri.
Majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan meriah sekali . Para
jemputan dan tetamu turut dijemput untuk menikmati juadah sejurus majlis
ini berakhir pada pukul 12 tengah hari . Sesungguhnya, majlis Hari
Anugerah Gemilang 2010 ini dapat mendorong minat murid-murid agar
bertindak lebih cemerlang dan gemilang pada tahun-tahun yang akan
datang. Syabas dan tahniah, SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim! MES
Boleh!
More
ReplyDeleteLaporan baik👍👍
ReplyDeleteBaik
ReplyDelete