Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

Frasa Kerja Transitif

Frasa `mempunyai banyak pengalaman’ sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya perbezaan pendapat tentang kata `banyak’ dari segi kelas kata bagi perkataan tersebut. Tokoh bahasa yang tidak asing lagi, iaitu Allahyarham Pak Asraf mengkategorikan kata `banyak’ sebagai kata adjektif dengan alasan kata tersebut dapat didampingi oleh kata penguat amat, sangat dan sungguh. Oleh itu, beliau berpendapat bahawa frasa kerja transitif `mempunyai banyak pengalaman’ tidak gramatis. Alasan yang diberikan ialah kata banyak tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama.

Prof. Emiritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat bahawa kata `banyak’ mempunyai dwi fungsi. Pertama, kata `banyak’ dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu. Oleh itu, kata `banyak’ ini boleh hadir selepas kata kerja transitif `mempunyai’. Selain itu, frasa `banyak pengalaman’ merupakan frasa nama. Oleh hal yang demikian, frasa tersebut boleh hadir selepas kata kerja transitif `mempunyai’. Beliau juga berpendapat bahawa kata `banyak ‘ juga boleh berfungsi sebagai kata adjektif seperti penggunaannya dalam ayat yang di bawah ini:

2. Jumlah wang yang dijumpai oleh pemuda itu sangat banyak.

Oleh sebab Buku Tatabahasa Dewan telah dijadikan buku tatabahasa pegangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, maka semua guru bahasa Melayu mestilah mengikut ketetapan yang terdapat dalam buku tersebut. Dalam hal ini, buku Tatabahasa Dewan menetapkan bahawa kata `banyak’ dalam ayat (1) sebagai kata bilangan tidak tentu, manakala kata `banyak’ dalam ayat (2) sebagai kata yang berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh hal yang demikian, frasa kerja transitif dalam ayat (1) dikatakan betul dan gramatis.

Comments

Popular Posts