Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

Karangan - Perayaan Ching Ming


Perayaan Ching Ming

Hari Ching Ming jatuh pada 5 April setiap tahun mengikut kalender gregorian. Pada hari tersebut, orang Cina akan menziarahi kubur nenek moyang dan ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Orang Cina akan bersembahyang dan membersihkan kawasan kubur sebagai tanda menghormati dan memperingati nenek moyang mereka.

     Ching Ming bermaksud jernih dan terang. Kebanyakan tarikh perayaan masyarakat Cina mengikut kalendar bulan Cina seperti Tahun Baharu Cina, dan hanya perayaan Ching Ming mengikut kalendar gregorian. Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum 5 April dan sepuluh hari selepas 5 April. Hal ini bermakna bahawa kaum Cina mempunyai dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan penghormatan dan peringatan mereka kepada nenek moyang, ibu bapa dan ahli-ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia.

     Pada hari tersebut, ahli-ahli keluarga terdekat akan berkumpul dan membuat persediaan untuk menyembah nenek moyang. Antara barangan yang akan disediakan ialah ayam, daging, buah-buahan, pau, ‘bak chang’, colok dan lilin, serta barangan yang diperbuat daripada kertas. Satu perkara yang menarik perhatian kaum-kaum lain ialah kepelikan melihat rumah-rumah kertas, kereta kertas, barang-barang kertas dan juga wang-wang kertas yang biasanya dibakar.Mengikut kepercayaan orang Cina, roh ahli keluarga yang sudah mati akan menjalani kehidupan di syurga atau di neraka. Jadi mereka perlu mempunyai rumah, kereta dan wang ringgit agar dapat hidup dengan mewah. Sekiranya nenek moyang hidup senang, cucu-cicit yang masih hidup di dunia maya pada ini juga akan hidup senang dan bahagia.

     Bukan semua kaum Cina mengamalkan kepercayaan sebegini. Kaum Cina yang beragama Kristian (Katholik) biasanya mempunyai hari All Souls Day (hari roh) yang jatuh pada 2 November, yakni mereka juga akan ke kubur untuk membersihkannya dan memberikan penghormatan dengan membawa jambakan bunga. Kaum Cina yang beragama Kristian percaya bahawa roh-roh mereka yang telah meninggal dunia telah ditempatkan sama ada di syurga atau di neraka. Masyarakat yang beragama Buddha pula percaya bahawa roh-roh itu telah dilahirkan semula.

     Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha pula percaya bahawa sama ada hidup atau mati, mereka harus bertanggungjawab menjaga makan minum ahli keluarga sebagai tanda sayang akan ahli keluarga dan bukannya kepercayaan-kepercayaan yang lain.
Tidak dinafikan bahawa memang ada sesetengah pihak yang menyembah hantu dan roh-roh dengan niat mendapat kekayaan. Tetapi majoriti kaum Cina yang menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus menghormati dan mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

     Pendek kata, tujuan utama Ching Ming adalah untuk anggota keluarga berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim mereka sambil mengingati nenek moyang mereka.

Comments

Popular Posts