Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

PUISI TRADISIONAL

PANTUN
PengenalanZa'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

Kandungan Pantun Melayu
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isiMaksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

PerkataanPantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kataTiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyiRima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

Ciri-ciri Pantun Yang BaikPantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-mengandungi 4 kerat/baris
-jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
-jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
-ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
-bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
-bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
-maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
-sarat dengan ciri tradisional - penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,
-mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahirkan dan menggunakannya.

Jenis Pantun· Pantun 2 kerat, Pantun 4 kerat, Pantun 6 kerat, Pantun 8 kerat, Pantun 10 kerat, Pantun 12 kerat, Pantun 14 kerat, dan Pantun berkait.

Fungsi Pantun· Memberikan nasihat sosialisasi dan pendidikan
· Sindiran atau tempelak
· Melepaskan rindu dan kasih sayang
· Menyatakan penghargaan/terima kasih
· Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
· Hiburan atau jenaka

Di mana orang berpantun?· Majlis pertunangan dan perkahwinan
· Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi
· Pertandingan berbalas pantun
· Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain.

Comments

Popular Posts