Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

MORFOLOGI BM PMR 2009

Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1.Karya seni pelukis tersohor tanah air, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein akan _____________ di galeri seni sebagai tanda penghargaan kepada tokoh tersebut.
A - dicatatkan
B - diabadikan
C - ditayangkan
D - dipromosikan
Jawapan - diabadikan (B)
2.Perompak berbahaya itu ________________ sepucuk pistol ke arah orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian untuk melepaskan diri.
A - melontar
B - memegang
C - mengacukan
D - mengangkat
Jawapan - mengacukan (C)
3.Setiap penjenayah akan dihadapkan ke muka _______________ dan akan dihukum atas kesalahan yang dilakukannya.
A - pengumuman
B - penghakiman
C - pengadilan
D - pencarian
Jawapan - pengadilan (C)
4.Pada tahun 1940-an, Tanah Melayu telah _______________ pendatang asing dari negeri China dan India.
A - dibanjiri
B - dihujani
C - dilawati
D - dilimpahi
Jawapan - dibanjiri (A)
5.Laporan ____________ menunjukkan kematian pemuda Bangladesh itu akibat hentakan senjata tumpul pada bahagian kepala mangsa.
A - siasatan
B - pembedahan
C - soal siasat
D - bedah siasat
Jawapan - bedah siasat (D)
6._______________ sosial yang semakin meningkat dewasa ini amat membimbangkan semua pihak terutama ibu bapa.
A - Kejadian
B - Keburukan
C - Kesusahan
D - Kebejatan
Jawapan - Kebejatan (D)
7.Bukan _________________ pendekar yang dapat mengalahkan Pahlawan Majapahit yang terkenal dan gagah perkasa itu.
A - senang-senang
B - calang-calang
C - susah-susah
D - kuat-kuat
Jawapan - calang-calang (B)
(Sumber: Unit Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Perak)

Comments

Popular Posts