Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

Karangan BM PMR - Persediaan-persediaan yang anda lakukan untuk menjayakan perkhemahan itu.



Persediaan-persediaan yang anda lakukan untuk menjayakan perkhemahan itu.

Pada musim cuti persekolahan yang akan datang, anda dan rakan-rakan bercadang untuk berkhemah. Ceritakan persediaan-persediaan yang anda lakukan untuk menjayakan perkhemahan itu.

Pada musim cuti persekolahan yang akan datang, saya dan rakan-rakan bercadang untuk berkhemah di tepi sebuah air terjun. Kami akan pergi dalam kumpulan seramai dua puluh orang. Kesemua peserta ialah peserta lelaki yang terdiri daripada berbilang bangsa. Saya, selaku ketua kumpulan, diberi tanggungjawab yang berat. Saya hendaklah memastikan perkhemahan itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya mestilah melakukan persediaan-persediaan untuk menjayakan perkhemahan itu.

Pertama sekali, saya akan mengadakan mesyuarat kecil untuk berbincang tentang tempat yang kami hendak berkhemah. Saya akan memastikan tempat perkhemahan kami adalah selamat. Seterusnya, saya akan membahagikan semua orang kepada lima kumpulan dan mengagihkan tugas mereka masing-masing. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berbilang kaum dan agama selaras dengan gagasan Satu Malaysia.

Kumpulan A ditugaskan untuk membawa alatan untuk mendirikan khemah dan menyala unggun api. Saya akan memeriksa alatan ini supaya alatan ini dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Jika terdapat alatan yang telah rosak, saya akan menggantikannya dengan yang baharu. Selain itu, peti pertolongan cemas haruslah dibawa ke tempat perkhemahan untuk digunakan semasa kecemasan atau kemalangan.

Kumpulan B pula diberi tugas untuk melayari Internet untuk mendapat maklumat lanjut tentang kemudahan yang disediakan di tempat perkhemahan kami. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kami merancang pelbagai aktiviti dengan baik dan lancar.

Kumpulan ketiga, iaitu Kumpulan C ditugaskan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada hari perkhemahan tersebut. Aktiviti- aktiviti yang akan diadakan haruslah berfaedah dan menyeronokkan. Kumpulan ini juga ditugaskan untuk menyediakan jadual perkhemahan yang lengkap untuk diedarkan kepada semua orang manakala kumpulan yang terakhir, iaitu Kumpulan D ditugaskan untuk membeli-belah di pasar raya. Barang-barang keperluan adalah seperti sayur-sayuran dan makanan dalam tin yang akan dibawa untuk berkhemah. Saya akan memastikan agar sayur-sayuran yang dibeli segar belaka dan makanan dalam tin itu belum melepasi tarikh luput serta selamat dan terjamin halal.

Akhirulkalam, persediaan-persediaan tersebut perlu dibuat awal agar program perkhemahan berjalan dengan lancar dan mendatangkan manfaat kepada setiap peserta sekali gus dapat mengelakkan sebarang kesukaran dan masalah kelak, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Comments

Popular Posts