Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

KATA dalam Bahasa Melayu

Banyak pengguna bahasa yang tidak menyedari bahawa kata dalam sesuatu ayat dapat bertukar fungsi. Sila lihat beberapa ayat yang di bawah ini.

1. Keputusan peperiksaan PMR sekolah itu amat mengagumkan.
2. Keadaan banjir di kawasan itu amat membimbangkan.
3. Beliau amat bertuah kerana terpilih mengikuti kursus itu.
4. Memancing ialah kegemaran saya pada hujung minggu.
5. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan.
6. Pelajar yang menyertai peraduan itu sangat banyak.

Huraian:
Kata `mengagumkan’ dalam ayat (1) merupakan kata kerja transitif, Namun demikian, kata itu dapat disertai oleh kata penguat `amat’ dan ayat tersebut tidak dapat dipasifkan. Hal ini membuktikan bahawa kata itu telah bertukar fungsi daripada kata kerja transitif kepada kata adjektif.

Hal ini sama seperti ayat (2). Dalam ayat tersebut, kata `membimbangkan’ telah berfungsi sebagai kata adjektif. Kata `bertuah’ dalam ayat (3) pula merupakan kata kerja tak transitif. Namun demikian, kata itu telah bertukar fungsi sebagai kata adjektif apabila kata itu dapat disertai oleh kata penguat `amat’.
Kata `memancing’ dalam ayat (4) juga telah bertukar fungsi. Kata `memancing’ sebenarnya kata kerja transitif. Oleh sebab kedudukan kata itu dalam binaan frasa nama, iaitu binaan subjek, maka kata itu telah berfungsi sebagai kata nama. Frasa yang asal sebenarnya ialah `aktiviti atau kegiatan memancing’. Apabila berlaku transformasi pengguguran, frasa `kegiatan memancing’ menjadi `memancing’ sahaja.

Kata `banyak’ dalam ayat (5) juga boleh bertukar fungsi. Dalam ayat (5), kata `banyak’ ialah kata bilangan tak tentu seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buktinya ialah kata `banyak ‘ tersebut hadir dalam frasa nama, iaitu `banyak pengalaman’. Mengikut rumus frasa kerja transitif, kata kerja transitif mestilah diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Oleh sebab frasa `banyak pengalaman’ merupakan frasa nama, maka kata `banyak’ merupakan kata bilangan dalam ayat tersebut dan bukannya kata adjektif seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak.

Kata `banyak’ dalam ayat (6) pula berfungsi sebagai kata adjektif. Walaupun kata `banyak’ tersebut asalnya kata bilangan, kehadiran perkataan itu dalam frasa adjektif `sangat banyak’ telah menyebabkan kata itu dikategorikan sebagai kata yang telah berfungsi sebagai kata lain.
Kesimpulannya, pengguna bahasa Melayu mestilah memahami jenis sesuatu kata dalam bahasa Melayu. Secara umumnya, kata tersebut ialah kata kerja misalnya, namun kehadiran kata tersebut dalam ayat tertentu dapat bertukar fungsi sebagai kata lain.

Comments

Popular Posts