MODUL PENULISAN
Peluasan Ayat dalam Karangan Pendek.Contoh:
1a. Ali seorang murid.
1b. Ali seorang murid Tahun 4 Indigo di SJK © Chung Sin, Tanjong Malim.
1c. Sebagai murid sekolah, Ali rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
1d. Ali juga rajin menulis dan membuat kerja sekolah.
1e. Pada masa lapang, Ali turut membantu ibunya.
1f. Ali membantu ibunya membuat kerja rumah.
1g. Antara kerja rumah yang dibantu oleh Ali ialah membersihkan halaman rumah, menyidai pakaian dan mengemaskan bilik tidur.
1h. Sifat baik Ali perlu dijadikan contoh kepada murid-murid yang lain.
Contoh Karangan:
ALIAli
seorang murid sekolah. Dia seorang murid Tahun 4 Indigo di SJK © Chung
Sin, Tanjong Malim. Sebagai seorang murid sekolah, Ali rajin membaca
buku dan mengulang kaji pelajaran. Dia juga rajin menulis karangan dan
membuat kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.
Pada
masa lapang, Ali turut membantu ibunya. Dia membantu ibunya membuat
kerja rumah. Antara kerja rumah yang dibantu oleh Ali ialah membersihkan
halaman rumah, menyidai pakaian dan mengemaskan bilik tidur. Sifat baik
Ali perlu dijadikan contoh kepada murid-murid yang lain. Sesungguhnya,
Ali seorang murid yang rajin dan berbudi pekerti mulia.
Latihan Peluasan Ayat dalam Karangan Pendek:
1a. Baru-baru ini, ayah saya telah membeli sebuah kereta baharu.
1b. Kereta baharu ayah saya bernama Inokom Matrix.
1c. Kereta itu berwarna kuning dan cantik.
1d. Kereta itu juga boleh memuatkan lima orang penumpang di samping barang- barang.
1e. Kereta Inokom Matrix ayah merupakan sebuah kenderaan MPV, iaitu sejenis kenderaan serba guna dan berkuasa tinggi.
1f. Pada masa lapang, kami sekeluarga akan pergi ke pusat beli-belah Rawang dan Selayang dengan kenderaan tersebut.
1g. Sesungguhnya, kereta Inokom Matrix ayah cukup selesa dan selamat ketika di jalan raya atau di lebuh raya.
Comments
Post a Comment