Skip to main content

Featured

Karangan SPM Pandemik Virus COVID-19

Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai   pandemik koronavirus   atau   wabak koronavirus   ialah   pandemik   penyakit koronavirus 2019   yang sedang berlaku secara global berpunca daripada   koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2   (SARS-CoV-2).   Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya   Wuhan ,   Hubei ,   China , dan telah diiktiraf sebagai   pandemik   oleh   Pertubuhan Kesihatan Sedunia   (WHO) pada 11 Mac 2020.   Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118 juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.           Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan  influenza , melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.Masa antara  pendedahan dan permulaan gejala  biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antar

SINTAKSIS - Ayat Aktif dan Ayat Pasif BM

Ayat AktifDefinisi:Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Contoh:
1a. Ali membaca buku itu.
2a. Beliau membeli rumah itu.
3a. Kami telah menyelesaikan kerja itu.
4a. Saya akan menghadiri mesyuarat itu.
5a. Nenek Mutu akan mengambil hadiah itu.
6a. Kamu menerima tawaran itu?

Ayat PasifDefinisi:Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Contoh:
1b. Buku itu dibaca oleh Ali.
2b. Rumah itu dibeli oleh beliau.
3b. Kerja itu telah kami selesaikan.
4b. Mesyuarat itu akan saya hadiri.
5b. Hadiah itu akan diambil oleh nenek Mutu.
6b. Tawaran itu kamu terima?

Comments

Popular Posts